Tips Pemilihan Pakaian


Assalamualaikum, apa khabar hari anda ?
Semoga ceria bahagia selalu

Setelah lebih 3 tahun dalam industri fesyen di Malaysia,  Kak Zai mendapati kebayakan pelanggan menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan baju seperti baju kurung, blouse atau dress jubah. Antara masalah yang mereka hadapi ialah padanan warna serta corak baju dengan warna kulit, bentuk badan serta ketinggian tubuh mereka.

Disini Kak Zai ingin kongsikan beberapa tips untuk panduan wanita dalam memilih baju kurung, baju kurung moden, blouse dan dress jubah yang sesuai. Tips ini Kak Zai dapatkan daripada beberapa laman web lain.

1) TIPS PADANAN WARNA KULIT DENGAN PAKAIAN


Anda akan terlihat lebih menawan jika memakai warna baju yang yang lembut, seperti warna merah muda atau pastel. Warna tersebut memberi anda rasa santai, releks, dan menarik. Cuba elakkan pakaian yang berwarna pudar, karena akan memberi kesan kusut.
Warna Kulit Kuning Langsat

Warna yang akan membuat anda lebih padan adalah warna untuk suasana tropika. Biru awan, warna kuning, jingga, atau warna tropis lain. Memakai warna pakaian yang gelap sebaiknya dikurangkan.

Warna kulit coklat/sawo matang


Pakaian yang sesuai bagi kedua warna kulit ini adalah yang berwarna campur, ertinya tidak menjurus kepada satu warna sahaja. Tetapi harus diperhatikan juga pasangan warnanya. Seperti pasangan antara warna merah dengan putih, atau putih dengan hitam, kelabu dengan putih.Image result for TIPS PEMILIHAN WARNA PAKAIAN

2) TIPS MEMILIH WARNA PAKAIAN BERDASAKAN BENTUK BADAN


  Badan gempal dan tinggi
Individu seperti ini sesuai menggayakan baju bewarna gelap seperti warna hitam, coklet gelap, biru gelap, hijau gelap kerana warna-warna ini mampu membuatkan anda kelihatan langsing. Bagi pemilihan baju kurung atau baju kurung moden boleh diserlahkan juga dengan corak bunga-bunga kecil. Untuk kelihatan ceria anda harus bijak bermain dengan warna. Awas, elakkan memakai pakaian warna terlalu terang dan corak bunga yang besar kerana ia akan menampakkan kegempalan anda.
Badan kurus dan rendah
Jika anda golongan ini, serlahkan penampilan anda dengan menggayakan baju kurung, baju kurung moden, blouse dan dress jubah dengan warna baju yang lebih cerah dan corak bunga yang sedikit besar. Corak garis menegak sesuai dipakai supaya anda nampak lebih tinggi. 
Badan kurus dan tinggi
 
Untuk individu yang berbadan kurus dan tunggi, anda sesuai memakai warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, oren, hijau, biru muda dan coklat serta boleh juga menggayakan corak melintang dan bunga baju yang besar supaya mengurangkan anda dilihat terlalu kurus. Elakkan baju kurung, kurung moden, blouse dan dress jubah dengan corak melintang dan besar mampu memberi gambaran bahawa anda lebih berisi.
3) TIPS PEMILIHAN BAJU MENYUSU/ NURSING
 Image result for jenis-jenis baju nursing
  
Pilih design baju kurung, kurung moden, blouse atau dress jubah yang disukai atau selesa dipakai.

Anda tidak perlu terlalu mengikut trend. Pakaian perlu diutamakan dari segi fungsinya terlebih dahulu. Apabila anda berasa gembira dan selesa, susu lebih mudah dihasilkan dan penyusuan lebih lancar. Design atau jenis baju menyusu adalah seperti dress/ jubah/ abaya, blouse, tshirt, pelbagai jenis baju kurung (moden, Pahang, Riau, pesak gantung), kebaya

2. Pilih jenis kain/material baju kurung, kurung moden, blouse atau dress jubah

Pilih kain yang lembut dan stretchable. Banyak baju menyusu dihasilkan dari material lycra kerana ia mudah dijahit dan cantik untuk pelbagai jenis bukaan menyusu. Fabrik ini sejuk dan selesa dipakai. Ia juga mudah diurus kerana tidak perlu diseterika. Kain kapas (cotton) pula amat sesuai untuk anda dan bayi berkulit sensitif. Ia lembut dan tahan lasak. Kain kapas berkualiti tinggi mudah diurus walaupun perlu digosok (mudah hilang kedut bila diseterika).


3. Hadkan hiasan/aksesori di baju kurung, kurung moden, blouse atau dress jubah
Elakkan aksesori yang sarat seperti manik, sequin terutama pada bukaan menyusu yang boleh menyebabkan kulit bayi tercalar/gatal
Kak Zai harap perkongsian ini dapat membantu anda dalam pemilihan pakaian. Jumpa lagi di tips akan datang !
Catat Ulasan